awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak jejak ibu bapa selepas 10 tahun terpisah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2023
04:20 MYT
Kanak-kanak jejak ibu bapa selepas 10 tahun terpisah
Pasangan Piathip Chaicana@Noraini dan Mohamed menyerahkan Qhaleef Amjad kepada keluarga angkat ketika masih bayi. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Kubang Mas, di sini cuba menjejak ibu bapa kandungnya yang terpisah sejak 10 tahun lalu.
Disebabkan kemiskinan yang dilalui keluarga, Qhaleef Amjad Mohamed, 10, diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia enam hari untuk dijaga dan dibesarkan.
Ibu angkatnya, Noor Hamizah Kamaruddin, 37, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan pasangan Piathip Chaicana@Noraini Abdullah, 39, dan Mohamed Abdullah, 51, semasa Qhaleef Amjad masih bayi.
"Kami telah sedaya upaya menjejaki mereka dan alamat terakhir yang ada ialah di Pasir Puteh. Bagaimanapun usaha itu menemui jalan buntu selepas pasangan tersebut dikatakan sudah berpindah.
"Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari mereka tetapi gagal," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, selain menghubungkan kembali hubungan yang terputus di antara anak dan ibu bapa, ada beberapa perkara yang memerlukan keberadaan mereka bagi memudahkan urusan persekolahan, kesihatan dan dokumen peribadi Qhaleef Amjad.
Justeru orang ramai yang mengenali Noraini dan Mohamed boleh menghubungi Noor Hamizah di talian 019-9592966. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lelaki
#jejak ibu bapa kandung
#Piathip Chaicana Noraini
#mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan