awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas, operasi mencari diteruskan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/10/2017
01:43 MYT
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas, operasi mencari diteruskan
Kanak-kanak itu dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sungai Parit Panjang, Kampung Lanai, di sini. - Gambar hiasan.
Tindakan kanak-kanak lelaki meniti titi besi berhampiran sungai bertukar tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai Parit Panjang, Kampung Lanai, di sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Aminudin Mohd Nazri, 5, dikatakan meniti titi besi tersebut ketika mengikuti kakaknya keluar menghantar rakan pulang ke Pondok Misbah Al-Falah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.
Kakak mangsa, Nurul Jannah Mohd Nazri memberitahu, adiknya sempat memegang kayu pada tebing sungai tetapi tidak mampu berpaut kerana arus deras.
"Saya terkejut melihat adik terjatuh dan dibawa arus sebelum bertindak memaklumkan kepada jiran untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Selain itu, ibu mangsa, Kalmawita Ya, 37, berkata ketika kejadian beliau sedang memasak dan tidak perasan anaknya keluar mengikut kakaknya dan terkejut apabila dimaklumkan oleh jiran mengenai nasib yang menimpa Mohamad Aminudin.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Riduan Abd Malek berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.15 petang sebelum menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada jam 8 malam atas faktor cuaca.
Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat disambung pada jam 8 pagi ini dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan.
Topic Berkaitan
#Kampung Lanai
#kanak-kanak lemas
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan