awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit

Bernama
Bernama
25/01/2024
03:15 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 1/2 Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, malam tadi. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 1/2 Kampung Sungai Tiram, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata, mangsa berusia lima tahun itu dijumpai tersangkut di pangkal pokok sawit di sungai berhampiran pada 10.30 malam oleh unit Pasukan Penyelamat di Air, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
"Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit itu.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dijumpai di pokok sawit tersebut dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.07 malam sebelum 14 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jatuh dalam parit
#kanak-kanak lima tahun
#maut
#Kampung Sungai Tiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan