awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut dipercayai didera bapa

Bernama
Bernama
03/11/2014
09:58 MYT
Kanak-kanak maut dipercayai didera bapa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya. -Gambar fail
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh kedua ibu bapanya yang mendakwa anak mereka terjatuh dari tangga dua hari sebelum itu dan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam Jumaat lepas.
"Doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan kanan, perut dan bahagian belakang kanak-kanak itu sebelum dia disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Doktor berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sea Park.
"Punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau hasil siasatan polis mendapati terdapat unsur mangsa dicederakan dan pihaknya akan memanggil bapa kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.
"Siasatan polis turut mendapati kecederaan itu bukan merupakan kejadian pertama berikutan sebelum itu mangsa pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan patah tangan kanan, dengan ibu bapanya memberikan alasan yang sama," kata Azmi.
Beliau berkata pasangan terbabit yang sudah berkahwin 10 tahun turut mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat bulan dan lapan tahun, dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan lebam terhadap tiga kanak-kanak itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#anak
#dera
#jatuh tangga
#PPUM
#Sea Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan