POKOK SENA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera selepas tangan kirinya tertusuk pada besi pagar sebuah masjid ketika cuba memanjat pagar tersebut.
Kejadian berlaku di Masjid Jamek Al Hidayah, Kampung Pinang, Pokok Sena, sekitar jam 6 petang Isnin, apabila kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah melepasi separuh badannya melepasi pagar.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan yang bersendirian ketika itu, cuba berpaut pada jeriji tajam di bahagian atas pagar sebelum tangan kirinya tertusuk besi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 5.46 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Ketika anggota tiba kelihatan mangsa sedang menahan kesakitan sambil dipeluk ibunya.
"Anggota terpaksa menenangkan mangsa terlebih dahulu sebelum kerja memotong besi dilakukan dengan menggunakan grinder (alat memotong besi),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, selepas berjaya mengeluarkan besi daripada tangan mangsa anggota menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 24 2022
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera selepas tangan kirinya tertusuk pada besi pagar sebuah masjid ketika cuba memanjat pagar tersebut. - Foto ihsan bomba
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Kanak-kanak mengerang kesakitan tangan tertusuk besi pagar masjid
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera selepas tangan kirinya tertusuk pada besi pagar sebuah masjid ketika cuba memanjat pagar tersebut.