awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang belum sedarkan diri - Polis

Bernama
Bernama
21/07/2025
15:14 MYT
Kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang belum sedarkan diri - Polis
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berasal dari Masai, Johor masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital terbabit.
MELAKA: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dirawat di Hospital Melaka selepas hampir lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, semalam, kini berada dalam keadaan tidak stabil.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berasal dari Masai, Johor masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital terbabit.
"Kira-kira 11.20 pagi semalam, polis menerima panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang di pangsapuri itu.
"Apabila tiba di tempat kejadian, pengawal keselamatan memaklumkan mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu datang ke kolam renang berkenaan pada 9.30 pagi bersama keluarganya sebelum warisnya mendapati kanak-kanak itu tiada di kolam berkenaan.
"Waris mangsa kemudian mencarinya di sekitar kolam renang terbabit dan mendapati beberapa orang awam telah mengeluarkan mangsa dari kolam itu, seterusnya dibawa ke Hospital Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak nyaris lemas
#Kolam renang
#Hospital Melaka
#Polis Daerah Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan