awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak Orang Asli parah di muka dicakar beruang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/02/2017
11:03 MYT
Kanak-kanak Orang Asli parah di muka dicakar beruang
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Dee Usop, 9, diserang ketika berada di hutan itu untuk mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5. -Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Seorang budak lelaki Orang Asli mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas diserang beruang di kawasan hutan Aring 8, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Dee Usop, 9, diserang ketika berada di hutan itu untuk mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5.
Bagaimanapun, bapanya yang turut diserang beruang berkenaan hanya cedera di bahagian belakang dan berjaya membawa keluar anaknya dari hutan bagi mendapatkan bantuan.
Mereka dikatakan berjalan kaki hampir sejam dari kawasan itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum diselamatkan seorang pekerja ladang swasta yang berada di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.
Dua beranak itu juga sudah biasa memasuki kawasan hutan sama ada untuk mencari kayu gaharu atau ikan sungai.
Mereka kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Aring dengan bantuan rakan.
Topic Berkaitan
#budak lelaki
#diserang beruang
#hutan Aring 8
#kecederaan parah di muka
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan