awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan tujuh tahun rentung rumah terbakar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/04/2023
23:30 MYT
Kanak-kanak perempuan tujuh tahun rentung rumah terbakar
Seramai 19 anggota termasuk penyelia dan ketua balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Jalan Perak memadamkan api dalam kejadian kebakaran dua buah rumah di Kampung Pisang, Air Itam, George Town, malam tadi. - Foto JBPM
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Air Itam, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira kira jam 11 malam itu, mangsa, G. Sri Laavanya berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam rumahnya.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd. Shakir Abdullah, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar jam 11.19 malam.
Mohd Shakir berkata, seramai 19 anggota termasuk penyelia dan ketua balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut.
"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah.
"Peratusan kemusnahan kebakaran adalah 80 peratus pada rumah pertama dan 50 peratus pada rumah bersebelahannya," kata Mohd Shakir dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kata Mohd Shakir, maklumat awal yang diterima daripada orang awam ,terdapat seorang mangsa kanak-kanak terperangkap di dalam rumah.
"Mayat mangsa ditemui rentung pada jam 12.33 pagi " ujarnya.
Komander Operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman.
"Kebakaran dapat dikawal sekitar jam 12.45 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 12.55 pagi"
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan rentung
#dua rumah terbakar
#Kampung Pisang Air Itam
#Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan