MALAYSIA
Kanak-kanak tujuh tahun ditemukan lemas selepas dikejar sekumpulan lembu liar

Mangsa dijumpai pada 5.07 minit petang, kira-kira 0.5 meter dari lokasi yang dinyatakan dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. - JBPM Kelantan
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas dipercayai dikejar sekumpulan lembu liar sebelum terjatuh ke dalam Sungai Kaabah di Kampung Kelaweh, Machang dekat sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Osman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.22 petang.
"Mangsa seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai lemas di sungai tersebut dan anggota pasukan telah membuat pencarian di sekitar kawasan yang dinyatakan.
"Mangsa dijumpai pada 5.07 minit petang, kira-kira 0.5 meter dari lokasi yang dinyatakan dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurutnya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata mangsa, yang juga anak kedua daripada empat beradik, difahamkan sedang bermain lastik bersama tiga rakan sebelum dikejar sekumpulan lembu liar dan terjatuh ke dalam sungai yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumahnya.
Muhamad berkata tiga rakan kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada semak di tebing sungai manakala mangsa hanyut ke dalam sungai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami