awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok

Bernama
Bernama
07/06/2021
05:10 MYT
Kanak-kanak warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Mangsa dipercayai terjatuh dari tebing Sungai Golok di sebelah Thailand dan mayatnya ditemukan pada 11 pagi tadi. .- Gambar hiasan
TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand berumur lapan tahun ditemukan lemas di Sungai Golok berdekatan Kampung Bukit TA, di sini hari ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain berkata mangsa dipercayai terjatuh dari tebing Sungai Golok di sebelah Thailand dan mayatnya ditemukan pada 11 pagi tadi.
"Kami menerima maklumat daripada pihak bomba Thailand bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun lemas di Sungai Golok.
"Seramai 18 anggota digegaskan ke tempat kejadian bagi membantu pihak bomba Thailand dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu," katanya ketika dihubungi.
Katanya mayat mangsa diserahkan kepada pihak bomba Thailand untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Sungai Golok
#Tanah Merah
#Kelantan
#Kanak-kanak
#bomba
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan