awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandang terbakar, 25 kambing rentung

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/02/2021
20:31 MYT
Kandang terbakar, 25 kambing rentung
Antara kambing yang rentung selepas kandang yang menempatkan 25 ekor ternakan itu terbakar pada Sabtu malam. -JBPM
KEPALA BATAS: Sebanyak 25 ekor kambing rentung selepas sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, Pulau Pinang terbakar pada Sabtu malam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.18 malam.
Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kandang kayu berkeluasan kira-kira 84 meter persegi musnah terbakar dengan 90 peratus struktur hangus.
"25 ekor kambing yang berada di dalam kandang tidak sempat diselamatkan kerana api marak.
"Hasil temu bual dengan pemilik kandang, dia memaklumkan, ada membuat pembakaran najis kambing pada sebelah petang.
“Pembakaran dibuat di bawah kandang tersebut sebelum api merebak sehingga membakar kandang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Api berjaya dipadamkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas pada jam 10.51 malam sebelum operasi tamat jam 11.04 malam.
Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kambing rentung
#Jalan Permatang Kerai Besar
#Kepala Batas
#pembakaran najis kambing
#kandang kayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan