awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPM akan bentang pindaan akta wajibkan pendidikan menengah bulan depan
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
MALAYSIA
Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kandungan memudaratkan: MCMC ambil tindakan mahkamah terhadap Telegram

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/06/2025
01:55 MYT
Kandungan memudaratkan: MCMC ambil tindakan mahkamah terhadap Telegram
MCMC kekal komited memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap dua saluran di platform Telegram, 'Edisi Siasat' dan 'Edisi Khas', yang didapati menyebarkan kandungan memudaratkan serta melanggar peruntukan undang-undang negara.
Menurut MCMC, pihaknya telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah injunksi interim terhadap kedua-dua saluran tersebut.
Katanya, ia bertujuan menghentikan penyebaran kandungan yang boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi awam serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.
“Langkah ini diambil selepas kegagalan Telegram sebagai pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)] untuk menangani kandungan berulang yang telah dilaporkan kepada pihak mereka.
"MCMC telah menjalankan pelbagai usaha rundingan dan kerjasama, namun tahap pematuhan platform itu masih tidak memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyebut, tindakan ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan berterusan MCMC terhadap semua penyedia platform media sosial bagi memastikan kandungan yang diterbitkan tidak melanggar undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan awam.
Menurut MCMC, pihak Telegram akan diberikan ruang yang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.
MCMC dalam pada itu menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan serupa terhadap mana-mana platform lain yang gagal mematuhi undang-undang dan piawaian keselamatan digital negara.
“MCMC kekal komited memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Telegram
#MCMC
#perintah injunksi
#kandungan memudaratkan
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami