awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kantoi ada skandal, lelaki ugut isteri dan ibu dengan parang samurai

Radhi Muslim
Radhi Muslim
18/05/2019
05:20 MYT
Kantoi ada skandal, lelaki ugut isteri dan ibu dengan parang samurai
Pedang samurai yang dirampas polis. -Foto PDRM
Berang beg tangan kekasih ditemui isteri, seorang lelaki bertindak mengugut untuk membunuh ibu dan semua ahli keluarganya dalam kejadian di Taman Pertama, di sini, jam 9 malam pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam satu kenyataan media pada Sabtu, suspek berusia 27 tahun itu diberkas jam 12.30 tengah malam, pada Jumaat.
"Sebelum itu, suspek memarahi isterinya yang terjumpa beg tangan disyaki milik teman wanitanya dalam pakaian lelaki terbabit.
Suspek yang mengugut membunuh ibu dan semua ahli keluarganya dengan pedang samurai.
Suspek yang mengugut membunuh ibu dan semua ahli keluarganya dengan pedang samurai.
"Ibu suspek datang dan turut bertanya hal sama. Suspek kemudian tiba-tiba bertindak mengambil samurai dan mengugut membunuh semua keluarganya dalam rumah berkenaaan.
"Isteri suspek berjaya meredakan keadaan sebelum ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek berjaya ditangkap," kata Nasri.
Menurutnya, suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah 506 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#isteri jumpa beg tangan
#kantoi dengan isteri
#kekasih hati
#Nasri Mansor
#Skandal
#teman wanita
#ugut bunuh ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan