awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGK 2024 antara syarat kelayakan bantuan kebajikan mulai 1 Jan - Lim Hui Ying
Skandal rasuah: Integriti ATM tidak harus terjejas hanya disebabkan pecah amanah segelintir - PM
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal kargo bocor, 15 anak kapal diselamatkan - APMM

Bernama
Bernama
06/12/2025
21:45 MYT
Kapal kargo bocor, 15 anak kapal diselamatkan - APMM
Kesemua mangsa melibatkan 13 rakyat Vietnam dan masing-masing seorang rakyat India serta Bangladesh, berusia antara 21 hingga 54 tahun berjaya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman. - Foto Maritim Terengganu
CHUKAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 15 anak kapal kargo yang mengalami kebocoran ketika pelayaran dari Lumut, Perak menuju ke Vietnam awal pagi Sabtu.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, kejadian itu berlaku ketika kapal kargo yang membawa muatan tanah liat itu berada kira-kira 59 batu nautika Timur Laut Merchang di Marang pada 1 pagi.
"Laporan kejadian itu diterima selepas Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengaktifkan prosedur kecemasan dan mengarahkan kapal terbabit menghampiri daratan bagi meminimumkan risiko.
"Susulan itu, kapal peronda APMM KM Sebatik diatur gerak ke lokasi dan melaksanakan pemindahan anak kapal dengan selamat di kedudukan kira-kira 5 batu nautika timur Kampung Jambu Bongkok, Marang," katanya dalam kenyataan semalam.
Abdul Halim berkata, kesemua mangsa melibatkan 13 rakyat Vietnam dan masing-masing seorang rakyat India serta Bangladesh, berusia antara 21 hingga 54 tahun berjaya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman pada 6.05 petang Sabtu untuk pemeriksaan kesihatan serta serahan kepada ejen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal kargo bocor
#anak kapal
#APMM KM Sebatik
#Timur Laut Merchang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan