awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal kargo Vietnam ditahan, bersauh tanpa kebenaran

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
05/04/2022
06:22 MYT
Kapal kargo Vietnam ditahan, bersauh tanpa kebenaran
Sebuah kapal kargo kendalian 18 kru warga Vietnam yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Johor Timur, pada petang Isnin. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Sebuah kapal kargo kendalian 18 kru warga Vietnam yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Johor Timur, pada petang Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo itu ditahan menerusi rondaan penguatkuasaan yang dibuat sekitar pukul 3.30 petang di kedudukan 23.11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar.
Katanya, kapal kargo yang membawa muatan serbuk sisa sawit itu dikendalikan 18 kru lelaki warga Vietnam berumur antara 22 tahun hingga 50 tahun
"Pemeriksaan ke atas kru kapal mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil siasatan lanjut mendapati nakhoda kapal kargo tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.
"Kesemua kru beserta kapal kargo sepanjang 105 meter itu telah ditahan mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
"Sabit kesalahan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau, Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus mempergiatkan penguatkuasaan di laut bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negeri Johor terpelihara.
Topic Berkaitan
#kapal kargo Vietnam
#bersauh tanpa kebenaran
#Maritim Malaysia
#Tanjung Penawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan