awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Maritim Malaysia terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2023
12:18 MYT
Kapal Maritim Malaysia terbakar
Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan bahagian kabin kapal dengan kemusnahan kira-kira 50 peratus. - Gambar/ Sinar Harian
LUMUT: Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam penyelenggaraan dilaporkan terbakar di dermaga Kampung Baru di sini pada Sabtu.
Laporan awal menyebut kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja kimpalan dijalankan dalam kapal berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dan Ayer Tawar diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.14 petang.
"Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan bahagian kabin kapal dengan kemusnahan kira-kira 50 peratus.
"Pemadaman sedang dijalankan merangkumi tindakan 'defensive' dan 'offensive'. Pasukan telah masuk ke dalam kapal untuk kerja-kerja pemadaman dalam kabin," katanya.
Tambahnya, setakat jam 7 malam, operasi masih diteruskan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kapal terbakar
#APMM
#Maritim Malaysia
#kapal maritim malaysia terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan