awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung

Bernama
Bernama
20/06/2024
01:40 MYT
Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung
Karnival D'Bendang Sungai Rambai 2024 di Kampung Parit Penghulu Benteng dapat memperkenalkan Sungai Rambai sebagai kawasan agropelancongan yang mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. - Foto Pejabat Pertanian Jasin
JASIN: Karnival D'Bendang Sungai Rambai 2024 yang akan diadakan di Kampung Parit Penghulu Benteng pada 26 hingga 28 Julai ini menyasarkan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata karnival yang memasuki tahun kedua penganjuran dan diadakan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) itu menampilkan 40 acara termasuk sukan tradisional.
"Kita juga bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjadi pengelola pertandingan arca jerami yang menyasarkan penyertaan 15 kumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara.
"Karnival ini dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bagi memeriahkan lagi acara, kita menjemput kira-kira 120 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara dan luar negara seperti United Kingdom dan Australia untuk menyertai," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Program Korban dan Kenduri Rakyat anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai di sini semalam.
Siti Faizah yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata berikutan kejayaan penganjuran Karnival D' Bendang tahun lepas yang memberi impak positif, pelbagai kemudahan dan infrastruktur di kawasan sawah padi berkenaan telah dinaik taraf termasuk pelebaran jalan dan tiang lampu.
Beliau berkata karnival itu juga dapat memperkenalkan Sungai Rambai sebagai kawasan agropelancongan yang mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan panorama dan menyelami keunikan budaya sekali gus meningkatkan sosioekonomi penduduk.
"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan UPM untuk menjadikan Sungai Rambai ini sebagai kampung angkat dalam menjadikan kawasan ini Kampung Agro atau Kampung Pertanian dengan menjalin kerjasama dalam bidang berkaitan.
"... ini termasuk usaha sama dengan UPM menerusi Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) untuk mewujudkan pusat penyelidikan dan pembenihan hasil ternakan laut seperti udang, ikan dan ketam di Sebatu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#Karnival D'Bendang Sungai Rambai
#sukan tradisional
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan