Ringkasan AI
- Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Edisi Sabah 2026 akan berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu dari 23 hingga 25 Oktober ini.
- Karnival tiga hari ini menawarkan pelbagai aktiviti hiburan, keusahawanan, sesi townhall, Pocket Talk, permainan Kahoot, cabutan bertuah dan Jualan MADANI KUSKOP.
- Majlis perasmian dijadual disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 25 Oktober, dengan pelbagai khidmat konsultasi dan latihan keusahawanan disediakan.
KUALA LUMPUR: Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Edisi Sabah 2026 bakal berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah dari 23 hingga 25 Oktober ini.
Karnival selama tiga hari itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam, dengan pelbagai aktiviti merangkumi hiburan, keusahawanan serta peluang perniagaan untuk orang ramai.
Dalam satu kenyataan, majlis perasmian karnival itu dijadual disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 25 Oktober ini.
"Antara tarikan utama ialah persembahan konsert XPDC, Velvet Aduk dan Datuk Francis Landong, selain persembahan Borneo Beat serta Malam Gema Rohani yang dijangka memeriahkan acara berkenaan.
"Selain hiburan, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berkaitan keusahawanan, termasuk sesi townhall keusahawanan, perkongsian ilmu menerusi Pocket Talk, permainan Kahoot dan cabutan bertuah," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Karnival itu turut menyediakan khidmat konsultasi berkaitan pembiayaan dan latihan bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat mengenai peluang serta sokongan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
Selain itu, Jualan MADANI Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diadakan sebagai antara tarikan kepada pengunjung.
Kenyataan tersebut menambah, penganjuran Karnival HPM Edisi Sabah 2026 diharap dapat menyediakan platform untuk memperkenalkan peluang keusahawanan, menghubungkan usahawan dengan pelbagai inisiatif sokongan serta menggalakkan orang ramai menyokong perniagaan tempatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Bilakah dan di mana Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Edisi Sabah 2026 akan diadakan?
A: Karnival HPM Edisi Sabah 2026 akan berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah dari 23 hingga 25 Oktober ini. - Q: Apakah aktiviti utama yang akan diadakan sepanjang karnival tersebut?
A: Aktiviti utama termasuk persembahan konsert XPDC, Velvet Aduk, Datuk Francis Landong, Borneo Beat, Malam Gema Rohani, sesi townhall keusahawanan, Pocket Talk, permainan Kahoot, cabutan bertuah, serta Jualan MADANI oleh KUSKOP. - Q: Siapakah yang dijadual merasmikan Karnival HPM Edisi Sabah 2026?
A: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan karnival tersebut pada 25 Oktober ini. - Q: Apakah jenis sokongan yang disediakan untuk usahawan semasa karnival ini?
A: Karnival menyediakan khidmat konsultasi berkaitan pembiayaan dan latihan untuk membantu usahawan mendapatkan maklumat mengenai peluang dan sokongan perniagaan. - Q: Apakah objektif utama penganjuran Karnival HPM Edisi Sabah 2026?
A: Objektif utama adalah menyediakan platform memperkenalkan peluang keusahawanan, menghubungkan usahawan dengan pelbagai inisiatif sokongan, serta menggalakkan sokongan terhadap perniagaan tempatan.