KUALA LUMPUR: Bertemakan '50 Tahun Memacu Kegemilangan Ummah', Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Karnival MAIWP 2024 dalam usaha memperkenalkan peranannya kepada masyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha MAIWP menyantuni golongan memerlukan sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mengurangkan jurang kemiskinan tegar.
“Dengan penganjuran Karnival MAIWP 2024 ini, ia dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan pihak kerajaan.
“(Pengunjung) bukan sahaja meraikan karnival ini tetapi mendengar sebahagian daripada catatan kejayaan yang dicapai oleh MAIWP termasuk pengurusan dana zakat,” katanya.
Pada tahun 2023 buat julung kalinya MAIWP telah berjaya membuat kutipan zakat melepasi RM1 bilion dan sebanyak 93 peratus daripada kutipan itu telah diagihkan pada tahun berkenaan.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ucapan perasmian program itu di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.
Antara pengisian lain program itu termasuk MAIWP Fun Run melibatkan 500 peserta, jualan RAHMAH MADANI, acara kanak-kanak, persembahan Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Terdapat juga 100 buah reruai disediakan menggabungkan pameran jualan usahawan asnaf, perkhidmatan dan institusi pendidikan serta kesihatan di bawah MAIWP.
Malam kemuncak karnival itu akan diisi dengan persembahan daripada selebriti jemputan seperti Raihan, INTEAM dan ramai lagi.
Perdana Menteri turut berkesempatan menyampaikan bantuan makanan asasi dan bantuan pakaian serta peralatan persekolahan.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata edisi kedua karnival ini dianjurkan bersempena sambutan Jubli Emas penubuhan MAIWP pada 1 Februari 1974.
“Jadi karnival pada tahun ini agak meriah dan signifikan kerana kita menyambut sekali penubuhan MAIWP yang ke 50 tahun," katanya.
Astro Awani
Sun Feb 18 2024
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyampaikan replika cek sumbangan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan berjumlah RM15,316,832 pada Karnival MAIWP 2024 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. - Gambar MAIWP
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.
PERKIM Datuk Keramat taja mualaf cemerlang tunai umrah
Pengerusi PERKIM, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mahu menyuntik semangat golongan mualaf mempelajari Islam.
Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah
Pengurusan masjid serta agensi kerajaan yang mengadakan majlis ilmu sepanjang Ramadan perlu memastikan penceramah diundang adalah bertauliah.
MAIWP salur RM19.03 juta sumbangan Ihya' Ramadan
MAIWP salur RM19.03 juta dana zakat menerusi sumbangan lhya' Ramadan kepada 871 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tahun ini.
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
MAIWP komited tambah baik keperluan pendidikan 'anak-anak lorong'
Kerajaan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menambah baik keperluan kelas pendidikan yang diadakan oleh Pertubuhan Jejak Jalanan.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.
PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain
Anwar memberi contoh, tanpa penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada yang lain langsung tidak dibantu.