KUALA LUMPUR: Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Karnival Semarak UNITI Merdeka Keluarga Malaysia Teguh yang dijadual berlansung pada 20 Ogos ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Karim berkata tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang dipilih bertepatan untuk menyemarakkan Bulan Kemerdekaan, sekali gus meningkatkan patriotisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Jelas Noridah, pihaknya yakin program tersebut mampu menyuburkan dan memperkukuhkan jalinan perpaduan.

“Jadi untuk program kita pada Sabtu, 20 Ogos ini, selain menyemarakkan semangat perpaduan, kita cuba membina pelbagai tapak integrasi untuk membawa rakyat daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama melihat kepelbagaian yang kita ada. Kita meraikan kepelbagaian tersebut dan merapatkan perbezaan-perbezaan yang ada," kata pada Khamis.

Mengulas lanjut, Noridah berkata kementerian turut akan memperluaskan Jawatankuasa Semarak UNITI ke seluruh negara dalam usaha menyemarakkan semangat kepelbagaian kaum.

“Justeru, saya berbesar hati menjemput seluruh warga kota untuk kita turun sama-sama menjayakan program Karnival Semarak UNITI Merdeka Keluarga Malaysia Teguh yang akan diadakan pada 20 Ogos  ini di Taman Tasik Titiwangsa bermula pada jam 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Pada masa sama, pelbagai acara menarik turut telah disediakan kepada seluruh keluarga Malaysia,” katanya.

Program berkenaan merupakan edisi keempat selepas pelaksanaannya di Negeri Sembilan dan di dua lokasi di Johor.

Antara pengisian program adalah Jualan Murah Keluarga Malaysia, Kenduri Rakyat Keluarga Malaysia, Berjalan Teguh Bersama, Derma Darah, serta Uniti Explorace.

376953	Edit	[HOLD] KPN : Karnival Semarak UNITI Merdeka, Keluarga Malaysia Teguh Bersama, platform semai semangat perpaduan
Keluarga Malaysia | Karnival Semarak Uniti Merdeka semai semangat perpaduan