awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karpal Singh dijatuhi hukuman denda RM4,000 atas kenyataan hasutan

Haider Yutim
Haider Yutim
11/03/2014
06:12 MYT
Karpal Singh dijatuhi hukuman denda RM4,000 atas kenyataan hasutan
Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.
Menurut laporan The New Straits Times, Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan pada 6 Februari 2009 mengatakan pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.
Pada 20 Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah atas tuduhan itu, bagaimanapun menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen itu boleh hilang kelayakannya jika didenda lebih dari RM2,000 atau dihukum penjara lebih dari setahun.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, namun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Topic Berkaitan
#DAP
#hasutan
#Karpal Singh
#Mahkamah Tinggi
#Sultan Perak
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan