KUALA LUMPUR:Kerajaan Australia sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia dalam siasatan berkaita kartel daging import yang dikesan ketika ini.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata pihaknya amat prihatin terhadap isu tersebut yang kini menjejaskan keyakinan pembeli kepada produk dari negara tersebut.
"Kami mengikuti laporan media dan saya percaya perkara ini begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
"Di pihak kami, pastinya kami tidak mahu perkara ini berlaku yang telah memberi kesan kepada kepercayaan rakyat Malaysia terhadap produk dari Australia.
"Saya difahamkan perkara ini sedang disiasat dengan diteliti oleh beberapa pihak berkuasa Malaysia dan Australia sedia untuk bekerjasama dengan pihak berkausa Malaysia dalam siasatan itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, Sebagai pengeksport terbesar daging sejuk beku ke Malaysia, kerajaan Australia akan sentiasa memastikan semua produk termasuk daging yang memasuki Malaysia memenuhi segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
"Kami sangat komited dalam perkara ini dan akan terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan semua agensi.
"Kami juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
"Kami akan terus memastikan semua produk yang memasuki Malaysia dari Australia akan 100 peratus mematuhi syarat halal, kesihatan dan keselamatan di Malaysia," ujarnya.
Tegasnya, itu komitmen yang sekian lama dilaksanakan dua buah negara dan akan terus diperkukuhkan pada masa mendatang.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 30 2020

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata pihaknya amat prihatin terhadap isu tersebut yang kini menjejaskan keyakinan pembeli kepada produk dari negara tersebut. - Gambar fail

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam kerajaan PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM Muhyiddin
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Agenda AWANI: Pakej PERMAI bantu rakyat dan perniagaan
Temu bual @najibaroff bersama Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara @MoF mengenai pakej #PERMAI dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.

Kartel daging: 3 Penolong Pegawai Penguatkuasa MAQIS Johor direman
Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Kartel daging: Jakim perhalusi cadangan ketat SOP pengimportan - Menteri Agama
Zulkifli berkata, antaranya dengan memperketat prosedur pengimportan daging halal pengangkutan dan pergudangan.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor direman lima hari
Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Akta berkaitan pensijilan halal akan dipinda - Zulkifli
Kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan selain memperkemas undang-undang sedia ada.

Kes kartel daging: Jualan penternak tempatan melonjak
Antara syarikat yang menerima tempias positif akibat pembongkaran itu ialah Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau di sini yang telah bertapak di pasaran sejak 31 tahun lepas.

Kartel daging: SPRM jejaki dalang utama, penguat kuasa lindungi kegiatan
SPRM sedang mengkaji dokumen dan akaun syarikat yang terlibat dalam isu penyeludupan bahan mentah sejuk beku yang dibawa masuk secara haram bagi mengesan dalang utama termasuk penglibatan anggota.

Kartel daging: Dokumen syarikat import bahan sejuk beku sejak 2015 dirampas - SPRM
SPRM akan mengkaji semua dokumen dan akaun-akaun syarikat yang terlibat, dalam mengesan keseluruhan dalang, termasuk anggota penguatkuasa terlibat melindungi kegiatan ini.

Kartel daging: Empat individu termasuk pengarah dua syarikat import direman
Dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan merupakan pengarah, pengarah urusan dan kerani dari sebuah syarikat, manakala seorang lagi lelaki merupakan pengarah syarikat lain.