awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
Piala Super Perancis: PSG bangkit punahkan harapan Marseille
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KASA cadang wujudkan sistem pembetungan berpusat di zon industri seluruh negara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/04/2021
10:03 MYT
KASA cadang wujudkan sistem pembetungan berpusat di zon industri seluruh negara
TUAN IBRAHIM: Loji rawatan kumbahan serantau amat penting dalam usaha kementerian untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran. - Gambar fail
MELAKA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyarankan setiap negeri mewujudkan satu sistem pembetungan berpusat yang dapat mengawal sisa industri atau efluen dari kilang-kilang, daripada terlepas ke sungai-sungai utama.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sistem seperti mewujudkan loji rawatan kumbahan serantau itu amat penting dalam usaha kementerian untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.
Katanya, melalui sistem loji kumbahan itu, segala efluen atau sisa dari kawasan industri akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai atau tempat lain seterusnya dapat mengawal pencemaran daripada berlaku seperti kejadian pencemaran sebelum ini.
Ujarnya, sistem loji kumbahan ini juga memudahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan pemantauan sisa kumbahan yang dikeluarkan dari premis-premis industri di negeri masing-masing.
“Konsep kita bersepadu. Maknanya sistem kumbahan kita nak buat secara bersepadu. Maka, kita harapkan negeri yang dalam perancangan untuk zonkan kawasan industri terus mengambil mekanisme ini dalam pembangunan kawasan industri.
“Kalau dengan cara ini tak payah lagi JAS akan pantau setiap premis kilang industri. (Sekarang ini) terpaksa pergi 200 kilang untuk pantau. Apabila kita sudah ada sistem pembetungan berpusat ini, efluen daripada industri ini lebih mudah dipelihara dan boleh mengawal pencemaran daripada satu-satu sumber sebelum dia terbuang ke sungai,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Melaka Bumi Lestari di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Setakat ini, projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bandaraya Melaka di Batu Berendam yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sedang berjalan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan DAP untuk membantu KASA menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim, Tuan Ibrahim berkata, isu alam sekitar tidak sepatutnya dipolitikkan.
Jelasnya, di peringkat kementerian, pelbagai program sudah dirangka dan dilaksanakan dan jika Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ingin membantu, beliau perlu menyelesaikan beberapa beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang terlebih dahulu yang menyumbang kepada pencemaran.
Topic Berkaitan
#Kementerian Alam Sekitar
#KASA
#sistem pembetungan
#sisa industri
#Sungai
#pencemaran
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan