GADGETS
Kaspersky lapor serangan perisian tebusan ke atas perniagaan tempatan meningkat 153 peratus

Malaysia merupakan negara kedua paling banyak terkesan dengan serangan perisian tebusan di Asia Tenggara, hanya di belakang Indonesia. -Amanz
INI bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya dengan berapa banyak insiden serangan siber dan perisian tebusan yang telah kami laporkan sepanjang tahun lepas.
Ringkasan AI
- Kaspersky melaporkan sebanyak 12,643 serangan perisian tebusan di Malaysia sepanjang tahun 2024, peningkatan 153% berbanding tahun sebelumnya.
- Malaysia merupakan negara kedua paling banyak terkesan dengan serangan perisian tebusan di Asia Tenggara, hanya di belakang Indonesia.
- Kaspersky menyarankan syarikat-syarikat memperketatkan infrastruktur keselamatan IT untuk mengelakkan serangan siber.
Kaspersky mengatakan bahawa jumlah serangan perisian tebusan di Asia Tenggara adalah sebanyak 135,274 di antara Januari ke Disember 2024.
Mereka turut mengatakan bahawa walaupun serangan menggunakan perisian tebusan rata-ratanya adalah sama, modus operandi bagaimana mereka memastikan serangan-serangan ini dapat dilakukan dengan berjaya sentiasa berubah.
Ransomware
Malaysia merupakan negara kedua paling banyak terkesan diserang dengan perisian tebusan, hanya di belakang Indonesia yang telah mencatatkan jumlah serangan setinggi 57,554 serangan pada tahun lepas sahaja.
Taktik seperti social engineering dan penggunaan perisian godaman yang rumit membolehkan mereka mendapatkan akses kepada sistem IT syarikat yang mungkin tidak begitu selamat.
Kaspersky menyarankan bahawa syarikat-syarikat untuk memperketatkan infrastruktur keselamatan IT syarikat-syarikat mereka untuk memastikan bahawa syarikat mereka tidak menjadi mangsa serangan siber. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami