ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 14,000 liter diesel ke negara jiran di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 4 dan 5 Mac lepas.
Pengarah JKDM Kedah Nor Izah Abd Latiff berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) ICQS Bukit Kayu Hitam.
"Pemeriksaan terhadap lori treler dipandu lelaki warga Thailand itu mendapati terdapat beberapa bahagian lori treler dan semi treler telah diubah suai untuk mengangkut minyak diesel ke negara jiran. Kedua-dua pemandu lori ditahan dan kenderaan itu disita untuk tindakan lanjut.
"Siasatan awal mendapati, lori treler berkenaan telah mengikrar sebagai lori kosong namun pemeriksaan teliti oleh pegawai kastam mendapati terdapat beberapa bahagian lori telah diubah suai bagi membolehkan minyak diesel diisi dengan lebih banyak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nor Izah berkata hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua lori berkenaan telah menjumpai 14,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM30,100.
"Modus operandi mereka adalah dengan mengubah suai tangki untuk mengaburi pihak kastam dan lori-lori ini juga membuat dua atau tiga kali perjalanan sehari secara berulang alik dari negara jiran ke Malaysia.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Kastam meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam di 1-800-88-8855 atau ke Pejabat Kastam berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
JKDM Kedah lakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) ICQS Bukit Kayu Hitam. - Foto: JKDM
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kastam Kedah tumpaskan cubaan seludup 14,000 liter diesel
JKDM Kedah lakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) ICQS Bukit Kayu Hitam.
Warga emas ditahan cuba seludup diesel - KPDN Kelantan
KPDN Kelantan rampas 186 liter diesel dan menahan seorang warga emas menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan.
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.
Sindiket seleweng diesel, pindah minyak tengah malam tumpas
Polis tumpaskan kegiatan kumpulan sindiket penyelewengan minyak diesel yang didalangi Geng Tikus merampas sebanyak 74,600 liter bernilai RM162,628 dalam serbuan di empat lokasi di Sungai Petani, pad
KPDN Pahang tumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel
KPDN Pahang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan menyita pelbagai barangan berjumlah RM454,000.
Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.
KPDN Perak patahkan cubaan seludup diesel ke Thailand
Cubaan menyeludup 70 liter diesel ke Thailand berjaya dipatahkan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Pengkalan Hulu, Gerik semalam.
Tiga warga Thailand mengaku salah seludup diesel
Kesemua tertuduh didakwa mengisi bahan api diesel melebihi kuantiti dibenarkan.