awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Perlis rampas vape bernilai RM1.06 juta

Bernama
Bernama
18/10/2025
20:00 MYT
Kastam Perlis rampas vape bernilai RM1.06 juta
JKDM Perlis merampas 32,000 unit peranti rokok elektronik (vape) dianggarkan bernilai RM1.062 juta di kawasan semak Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis baru-baru ini. - Foto hiasan
KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 32,000 unit peranti rokok elektronik (vape) dianggarkan bernilai RM1.062 juta di kawasan semak Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis dekat sini baru-baru ini.
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, rampasan peranti vape dipercayai tidak berkastam itu dibuat menerusi serbuan oleh pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis pada 22 Sept lepas.
Beliau berkata, peranti berkenaan dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui jalan laut.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai peranti vape ini dan melibatkan nilai cukai sebanyak RM223,020 dan modus operandi dipercayai dengan meninggalkan kotak-kotak berisi peranti vape di kawasan semak dan dipercayai akan diambil oleh individu lain," katanya dalam kenyataan, Sabtu malam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut merampas 11 kilogram (kg) dadah jenis kanabis dianggarkan bernilai RM46,200 di kawasan tambak pesisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis pada 6 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM Perlis
#rampas vape
#rokok elektronik
#Kampung Pulau Ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan