awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Pulau Pinang rampas 1.6 tan mercun seludup untuk Tahun Baharu Cina

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/01/2023
05:40 MYT
Kastam Pulau Pinang rampas 1.6 tan mercun seludup untuk Tahun Baharu Cina
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 1.6 tan dalam serbuan di hadapan sebuah premis di George Town minggu lalu.
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 1.6 tan dalam serbuan di hadapan sebuah premis di George Town minggu lalu.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Hamisan Kalip berkata, rampasan membabitkan 463 kotak mercun bernilai RM87,010 itu dipercayai untuk dijual di negeri ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, siasatan mendapati mercun berkenaan dibawa masuk ke negara ini dari sebuah negara di Asia Tenggara.
Modus operandi yang digunakan oleh penyeludup adalah dengan membawa barangan tersebut melalui jalan air terlebih dahulu sebelum menggunakan jalan darat tanpa membuat pengikraran yang sah.
“Hasil pemeriksaan pasukan telah menjumpai mercun pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam dalam premis tersebut dan di dalam lori yang berada di hadapan premis .
“Jumlah mercun yang ditemui adalah sebanyak 463 kotak bersamaan dengan 1,648.37 kilogram dengan nilai anggaran berjumlah RM87,010 dan duti cukai terlibat berjumlah RM56,556.50,” kata beliau dalam sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, di sini, pada Rabu.
Susulan itu, jelas beliau, tiga suspek lelaki berusia 30 hingga 42 tahun masing- masing pekerja di premis berkenaan yang disyaki terlibat turut ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan pelaku dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barangan atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barangan atau RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Topic Berkaitan
#kastam Pulau Pinang
#mercun seludup
#Tahun Baharu Cina
#kotak mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan