SEPANG: Sebanyak 28,231 liter minuman keras tanpa lesen bernilai RM3.4 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah dalam dua serbuan berasingan di Lembah Klang pada 21 Julai lepas.
Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah gudang di Batu Arang, Selangor yang disyaki melakukan pengilangan minuman keras tanpa lesen, dengan empat lelaki warga asing berusia antara 24 dan 37 tahun berjaya ditahan.
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya menyita minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai sebanyak 5,876 liter yang dianggarkan bernilai RM414,891 dengan duti terlibat sebanyak RM462,105,
"Turut disita peralatan memproses minuman keras seperti mesin memproses bahan mentah, tong berisi cecair disyaki alkohol, botol kosong, penutup botol, label minuman keras, kotak minuman keras dan setem cukai kastam disyaki palsu dianggarkan bernilai RM50,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Zazuli berkata pada hari yang sama, JKDM melakukan satu lagi serbuan di sebuah gudang yang dijadikan tempat penyimpanan minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai di Puncak Alam, Selangor dan menyita 22,355 liter minuman keras bernilai RM1.01 juta dengan anggaran cukai terlibat sebanyak RM1.43 juta.
Beliau berkata hasil risikan mendapati kedua-dua premis gudang terbabit dipercayai menjalankan aktiviti memproses minuman keras tanpa lesen melebihi enam bulan.
"Modus operandi kedua-dua kes terbabit adalah menjadikan gudang di kawasan perindustrian sebagai pusat memproses, mengilang dan menyimpan minuman keras sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya.
Menurutnya kedua-kedua kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 74(1)(f) Akta Eksais 1976 dan Seksyen 5(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan .
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan menunjukkan label duti palsu untuk ditampal pada botol arak yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTAKL) di Kompleks Kastam KLIA. - Foto BERNAMA
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta
Jabatan Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.