JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya melakukan rampasan rokok bernilai RM4 juta dalam empat serbuan berasingan di Johor dan Pahang pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas dua buah lori putih di pekarangan sebuah premis di Jalan Gambang, Kuantan, Pahang pada jam 8.30 pagi Jumaat.
"JKDM Johor menemukan 2.6 juta batang rokok. Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan termasuk lori berkenan berjumlah RM2.4 juta. Kedua-dua lori itu dijadikan tempat penyembunyian rokok putih dan rokok kretek dipercayai belum lulus kastam.
"Terdapat kotak-kotak di bahagian belakang lori tersebut yang telah diisi dengan pelbagai jenis makanan ringan bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan mengelakkan kegiatan mereka dikesan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, menerusi serbuan kedua JDKM Johor menyerbu sebuah premis tidak bernombor dan berkunci di Jalan IM, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada jam 10.40 pagi Jumaat, menurut laporan Sinar Harian.
Hasil pemeriksaan katanya, menemukan 1.7 juta batang rokok bernilai RM1.5 juta dan usaha mengesan pemilik premis sedang dijalankan.
Sementara kes ketiga katanya, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sungai Pulai melakukan pemeriksaan sebuah lori 'bonded' sedang parkir di tepi Jalan Tun Abdul Razak di sini pada jam 10.15 malam Jumaat.
Katanya, hasil pemeriksaan rapi ke atas lori 'bonded' 5 tan dengan label makanan ringan tersebut menemukan sejumlah rokok putih yang dipercayai belum lulus kastam cuba disembunyikan.
"Taktik licik sindiket adalah dengan menyusun rokok-rokok seludup di bahagian hadapan ruang kargo lori tersebut manakala bahagian belakangnya disusun dengan tong-tong putih kosong bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Terdapat 200,000 batang rokok putih seberat 160 kilogram. Nilai keseluruhan dagangan yang disita termasuk cukai dan kenderaan berjumlah RM270,000. Usaha mengesan pemilik kenderaan sedang dijalankan," katanya.
Sazali berkata, bagi kes keempat pihaknya merampas 131,484 batang rokok seludup bernilai RM233,028 di sebuah pasar mini dan dalam dua buah kenderaan di Tenang, Segamat pada jam 11 pagi Sabtu.
"Semasa serbuan kenderaan berkenaan iaitu sebuah kereta Sedan dan sebuah pacuan empat roda berada di kawasan pasar mini tersebut. Seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Semua kes itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar Harian
Fri Apr 16 2021
JDKM Johor menyerbu sebuah premis tidak bernombor dan berkunci di Jalan IM, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada Jumaat dan merampas1.7 juta batang rokok bernilai RM1.5 juta. - Foto Sinar Harian
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM4.2 juta
Jabatan Kastam Kelantan merampas lebih 6.2 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.2 juta dalam dua lokasi berasingan minggu lepas.
Polis rampas rokok bernilai lebih RM300,000 di sempadan Malaysia-Thailand
Rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.