awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000

Bernama
Bernama
25/11/2024
13:00 MYT
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Siti Mang menunjukkan barangan rampasan iaitu minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082, pada sidang media hari ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata pegawai dari Cawangan Siasatan Khas bersama Unit Marin dan Unit Luar Gudang Kastam menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Sepanggar pada 10 Okt lepas.
"Pemeriksaan itu menemukan 3,000 karton atau 23,760 liter minuman keras, yang dianggarkan bernilai RM90,050.40 dengan melibatkan cukai RM368,375.04 di dalam kontena itu.
"Siasatan awal mengesahkan kontena itu diikrarkan mengandungi bahan makanan dalam tin seperti kacang dan ikan. Ikrar itu dibuat untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Siti berkata pasukan dari Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu pula telah membuat serbuan dan pemeriksaan di stor tidak bernombor Jalan Padas Valley Kampung Luagan Sanginan Beaufort dalam rampasan kedua pada 24 Okt lepas.
"Hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan minuman keras disyaki tidak berkastam sebanyak 468 karton bernilai RM13,867.26, dengan cukai RM55,790,20. Seorang lelaki yang juga pemilik premis turut ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#Akta Kastam 1967
#rampasan
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan