awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih RM12.64 juta

Bernama
Bernama
26/03/2025
05:20 MYT
Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih RM12.64 juta
Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok kretek pelbagai jenama yang dirampas ketika sidang media di Wisma Kastam Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok seludup pelbagai jenama dianggar bernilai lebih RM12.64 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Semaba di sini, 12 Feb lepas.

Ringkasan AI
  • JKDM Sarawak merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM12.64 juta dalam serbuan di Jalan Semaba.
  • Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.
  • Premis tanpa nama dipercayai tempat penyimpanan rokok sebelum diedar, dan sebuah lori bernilai RM80,000 turut disita.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun.
"Hasil pemeriksaan di premis itu menemukan 16.65 juta batang rokok kretek pelbagai jenama dianggar bernilai RM1.49 juta, manakala jumlah duti atau cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM11,142,864.
"Selain itu, anggota kastam turut menyita sebuah lori dianggar bernilai RM80,000 disyaki digunakan untuk mengangkut rokok terbabit," katanya pada sidang media di sini.
Norizan berkata premis tanpa nama yang terletak di kawasan terpencil itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan rokok berkenaan sebelum diedar di pasaran tempatan.
Kes itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Sarawak
#Rampas rokok seludup
#Kuching
#rokok kretek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan