KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini melibatkan rampasan berjumlah 46 kilogram (kg) metamfetamina, atau syabu, bernilai lebih RM1.5 juta yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai.
Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat sini pada 6 Mac lepas.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua dadah itu dibungkus menggunakan paket teh Guan Yin Wang... kesemua bungkusan ditemukan disembunyi dalam empat bungkusan pakaian terpakai yang diletak di ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan.
"Berdasarkan jumlah berat rampasan itu, dianggarkan seramai lebih 450,000 orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat JKDM Sarawak di sini pada Isnin.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan dengan kerjasama antara Cawangan Narkotik, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dengan Pasukan Cawangan Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Norizan berkata bahan narkotik itu dibawa masuk dari Semenanjung dan dibungkus bersama pakaian terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu bertanggungjawab melakukan agihan dan penghantaran kepada pelanggan sekitar Kuching.
"Berdasarkan sumber, sindiket ini dipercayai mula beroperasi sejak beberapa bulan lepas. Mahkamah Majistret Kuching telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula 7 Mac ke atas lelaki tersebut bagi tujuan siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhi hukuman mati, akan dikenakan tidak kurang 15 sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
JKDM menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini melibatkan rampasan berjumlah 46kg syabu bernilai lebih RM1.5 juta yang disembunyikan dalam bungkusan pakaian terpakai. - Foto BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
Kastam Sarawak tumpaskan sindiket pengedaran dadah guna kurier, kargo bas
Kastam Sarawak menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah menggunakan kurier dan kargo bas dengan tertangkapnya dua suspek di dua lokasi berbeza pada Januari lalu.
Lelaki berdepan hukuman gantung edar 2.3 kilogram dadah
Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuching di sini pada Khamis.