awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta

Bernama
Bernama
29/08/2022
09:59 MYT
Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta
Kastam menyita 50 kenderaan mewah tanpa permit import (AP) bernilai RM11.4 juta disita dalam Op Bearing yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas.
PULAU INDAH: Sebanyak 50 kenderaan mewah tanpa permit import (AP) bernilai RM11.4 juta disita dalam Op Bearing yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad berkata, operasi yang berakhir esok itu memfokuskan kepada kenderaan import individu serta syarikat di sekitar Pelabuhan Klang.
"Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya adalah kereta mewah dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun," katanya dalam sidang media di Wisma Kastam, di sini, hari ini.
Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan di bawah Butiran 3 Jadual Kedua/Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang permit pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk permit import dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Mohammad Sabri menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat JKDM terdekat di semua negeri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#sita kenderaan mewah
#AP
#Op Bearing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan