awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS gagalkan cubaan empat warga China masuk Malaysia
UAE tarik keluar baki pasukan dari Yaman selepas krisis dengan Arab Saudi
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KATS akan percepat MoU dengan Indonesia bagi kembalikan badak sumbu Sumatera

Bernama
Bernama
25/11/2019
11:25 MYT
KATS akan percepat MoU dengan Indonesia bagi kembalikan badak sumbu Sumatera
Xavier berkata KATS komited untuk melipatgandakan usaha, bagi menjaga dan memulihara khazanah biodiversiti negara untuk generasi masa kini, dan akan datang. - Gambar fail
Dalam usaha mengembalikan semula spesies badak sumbu Sumatera yang pupus di negara ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Indonesia dalam masa terdekat, untuk proses pembiakan haiwan itu.
Menterinya Dr A. Xavier Jayakumar berkata MoU itu akan membolehkan baka daripada Iman, iaitu badak sumbu Sumatera terakhir di negara ini yang mati pada Sabtu lepas di Borneo Rhino Sanctuary, di Lahad Datu Sabah, disenyawakan menggunakan spesies serupa dari negara jiran itu.
"MoU ini bertujuan supaya sel telur Iman yang disimpan sebelum ini, boleh disenyawakan dengan sperma Badak Sumbu Sumatera jantan dari Indonesia, bagi meneruskan kesinambungan spesies berkenaan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kematian Iman akibat ketumbuhan leiomyomadi di bahagian uterus, menyebabkan tiada lagi spesies Badak Sumbu Sumatera yang boleh ditemui di Malaysia, sama ada secara liar di habitat semulajadi mahupun dalam kurungan.
Justeru, KATS melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga sedia membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), untuk mengawet Iman, sama seperti dilakukan terhadap seekor lagi haiwan itu iaitu Tam sebelum ini, bagi tujuan pendidikan dan kesedaran awam.
Dalam pada itu, Xavier berkata KATS komited untuk melipatgandakan usaha, bagi menjaga dan memulihara khazanah biodiversiti negara untuk generasi masa kini, dan akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badak sumbu sumatera
#hidupan liar
#Indonesia
#KATS
#Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli
#MoU
#spesies terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan