KUALA LUMPUR: Kaukus Palestin Parlimen Malaysia hari ini menggesa negara-negara yang mempunyai perjanjian normalisasi dengan Israel untuk menghentikan rundingan berkenaan susulan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya turut menggesa agar Malaysia terus melaksanakan dasar diplomasi agresif dan mengecam tindakan rejim Zionis Israel sebagai pengamal dasar apartheid.
"Segerakan bantuan kemanusian, cumanya kita nak pastikan bantuan seperti yang disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) RM100 juta akan disalurkan, kita mohon supaya pastikan bantuan-bantuan ini benar-benar sampai kepada rakyat Gaza dan tidak kepada pihak lain yang mungkin berlaku.
"... saya percaya ini dalam perhatian pihak kerajaan tapi kita minta sangat supaya perkara ini diteliti dan dipantau," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat berkata kerajaan telah menyumbang RM10 juta sebagai bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.
Anwar turut memaklumkan sebanyak RM100 juta tambahan daripada badan bukan kerajaan akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung awal kemanusiaan dan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya turut menggesa agar Malaysia terus melaksanakan dasar diplomasi agresif dan mengecam tindakan rejim Zionis Israel sebagai pengamal dasar apartheid. - Gambar fail/BERNAMA
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Kaukus Parlimen gesa negara berkaitan henti perjanjian normalisasi dengan Israel
Pihak kaukus turut menggesa agar Malaysia terus melaksanakan dasar diplomasi agresif dan mengecam tindakan rejim Zionis Israel sebagai pengamal dasar apartheid.
Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, kanabis
Objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan jadikan ia bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.
Lompat parti perbuatan paling hina, Kaukus Parlimen ditubuh cari jalan hentikan budaya itu
Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik.