awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaum India, SJKT masih terima bantuan dan peruntukan besar - Sivakumar

Bernama
Bernama
26/10/2023
12:40 MYT
Kaum India, SJKT masih terima bantuan dan peruntukan besar - Sivakumar
Sivakumar berkata kaum India juga mendapat manfaat daripada semua peruntukan yang diberikan kepada pelbagai sektor termasuk kesihatan dan pendidikan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyangkal dakwaan kononnya masyarakat India tidak memperoleh peruntukan khusus dalam Belanjawan 2024 berbanding belanjawan sebelum ini.
Beliau yang merupakan menteri berketurunan India tunggal dalam Kabinet berkata Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan masyarakat India di negara ini, malah meneruskan pelbagai inisiatif khusus untuk kaum itu dalam belanjawan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas.
Menurutnya RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain RM30 juta disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India.
"Kerajaan juga menyediakan RM50 juta sebagai bantuan kewangan bagi pengurusan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara kuil," katanya pada majlis makan tengah hari pemimpin DAP bersama media Tamil sempena Deepavali di sini hari ini.
Menyentuh mengenai peruntukan khusus kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sivakumar berkata hampir RM50 juta diperuntukkan kepada sekolah itu tahun ini termasuk RM20 juta untuk penyelenggaraan sekolah selain 152 SJKT menerima RM70,000 bagi kerja penyelenggaraan tandas sekolah untuk keselesaan pelajar.
Sivakumar berkata kaum India juga mendapat manfaat daripada semua peruntukan yang diberikan kepada pelbagai sektor termasuk kesihatan dan pendidikan.
Beberapa akhbar Tamil dalam laporan mereka sebelum ini mendakwa tiada peruntukan khusus kepada masyarakat India menerusi Belanjawan 2024 termasuk kepada SJKT.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dan Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Mitra
#TEKUN
#masyarakat India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan