awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini

Bernama
Bernama
24/04/2018
21:06 MYT
Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini
Kaunter LHDN akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang hujung minggu ini..
Kaunter perkhidmatan e-Filing dan bayaran cukai di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara akan beroperasi pada hujung minggu ini.
LHDN dalam satu kenyataan pada Selasa berkata bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor yang hujung minggu jatuh pada Jumaat dan Sabtu, kaunter dibuka pada 27 dan 28 April manakala bagi negeri yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, kaunter akan dibuka pada 28 dan 29 April.
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang, katanya.
Menurut kenyataan itu, kaunter berkenaan dibuka pada hujung minggu bagi membantu pembayar cukai yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan e-Filing.
Sehubungan itu, LHDN meminta pembayar cukai menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP mereka dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sementara itu, pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan diberi tambahan masa sehingga 15 Mei depan untuk mengemukakan borang BE atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.
Manakala pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan pula diberikan tambahan masa sehingga 15 Julai untuk mengemukakan Borang B atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.
"Tambahan, masa ini tidak terpakai untuk pengemukaan BNCP secara manual (borang kertas) di mana tarikh akhirnya kekal pada 30 April bagi individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan atau 30 Jun bagi individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan.
"Oleh yang demikian, LHDN menyeru pembayar cukai agar menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP mereka dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan penalti dikenakan," katanya.
Sebagai rekod, sehingga jam 9 pagi hari ini, sebanyak 1.7499 juta BNCP telah diterima daripada pembayar cukai individu melalui kaedah e-Filing. Angka itu menunjukkan peningkatan sekitar 5.52 peratus berbanding penerimaan BNCP melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu bagi tempoh yang sama pada tahun lepas (1.6583 juta).
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pusat panggilan LHDN di talian 1-800-88-5436.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNCP
#borang BE
#Borang Nyata Cukai Pendapatan
#e-filing
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#tahun taksiran 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan