awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaut gamat: Warga Vietnam, Indonesia ditahan

Bernama
Bernama
26/11/2022
03:35 MYT
Kaut gamat: Warga Vietnam, Indonesia ditahan
Bot yang berpangkalan di Sarawak itu dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama lima kru warganegara Vietnam dan seorang kru warganegara Indonesia. - Foto APMM Labuan
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot nelayan tempatan atas kesalahan melakukan aktiviti perikanan tanpa permit yang sah di perairan Labuan, semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata semasa menjalankan rondaan rutin, kapal ronda KM Bistari telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 31.2 batu nautika dari sini.
Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit sedang melakukan aktiviti menangkap gamat menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.
Bot yang berpangkalan di Sarawak itu dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama lima kru warganegara Vietnam dan seorang kru warganegara Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 44 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Bot, nakhoda kapal bersama kesemua kru ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.
“Penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan itu mampu menyebabkan kerosakan pada ekosistem serta pembiakan hidupan laut,” katanya.
Beliau berkata komuniti maritim dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengelakkan daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087- 427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999.
- - BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM Labuan
#bot nelayan tempatan
#aktiviti perikanan tanpa permit
#gamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan