KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bekalan gas selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia bagi bekalan gas daratan (regasifikasi, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan peruncitan) di Sabah berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, tarikh bagi pemindahan tersebut akan dibuat selepas perkenan diberikan.
"Ia merupakan aspirasi Sabah dan rakyat negeri ini.
"Kerajaan negeri teguh dalam usaha kita untuk menguasai dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Hajiji beliau ada membangkitkan keperluan Kerajaan Pusat untuk memenuhi MA63 ketika pertemuan pertamanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya keputusan pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas ke Sabah itu sebagai langkah untuk merealisasikan hak atau tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Anwar pada Rabu berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di kawasan Sabah kepada Kerajaan Negeri berkenaan.
Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, hal itu diputuskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan MA63.
Katanya, hal seumpama itu pernah terjadi kepada Sarawak, dan tarikh pemindahan kuasa kawal selia kepada Sabah itu akan diputuskan berdasarkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Astro Awani
Wed Dec 21 2022
Tambah Hajiji beliau ada membangkitkan keperluan Kerajaan Pusat untuk memenuhi MA63 ketika pertemuan pertamanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Kawal selia bekalan gas, Sabah adakan sidang khas DUN selepas diperkenan Agong
Kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bekalan gas.