PUTRAJAYA: Kawalan sempadan negara akan terus diberikan fokus utama dan dikawal ketat pada 2021 serta diperkukuhkan dengan mentransformasi pengurusan dan tadbir urusnya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata ia adalah antara teras utama yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun ini selari dengan perancangan dalam Pelan Strategik KDN 2021-2025 bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara.
Beliau berkata pengurusan sempadan darat dan laut pada tahun ini akan diperkukuhkan melalui pendekatan lima sempadan hadapan (five-front approach) iaitu sempadan utara Kedah, sempadan utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak.
"Keperluan untuk pembinaan pagar sempadan, penggunaan teknologi terkini seperti CCTV (sistem kamera keselamatan litar tertutup), radar serta dron dan pembinaan pos-pos kawalan adalah berbeza mengikut front yang berkenaan," katanya pada majlis amanat Menteri Dalam Negeri 2021 yang disiarkan melalui laman rasmi KDN hari ini.
Hamzah berkata KDN pada tahun ini juga akan terus memperkukuhkan dasar dan perundangan dengan melaksanakan kajian dan pindaan ke atas akta-akta di bawah bidang kuasa KDN bagi memperkasakan aspek penguatkuasaan.
Dalam usaha membanteras gejala dadah dan substans, dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan dadah yang ditetapkan pada tahun lepas, akan dimantapkan pada tahun ini melalui penggubalan rang undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substans bagi menggantikan Akta Penagih Dadah 1983, katanya.
Beliau berkata pengukuhan pendekatan, rawatan dan pemulihan secara sukarela sedia ada perlu dilaksanakan dan inisiatif untuk penambahbaikan bagi memastikan keberkesanannya dibuat melalui Modul Anjakan Kepulihan: Pendekatan Sukarela yang dibangunkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Dengan adanya modul baharu ini, adalah diharapkan lebih ramai penagih dadah akan tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pemulihan," katanya.
Hamzah berkata pada tahun ini, KDN akan memperkasakan usaha pendigitalan perkhidmatan yang berteknologi dan berkapasiti tinggi bagi meningkatkan perkhidmatan end-to-end dalam urusan yang ditawarkan kepada rakyat.
Menurutnya, KDN telah dipertanggungjawabkan sebagai kementerian teraju untuk memulakan inisiatif membangunkan Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Digital Economic Blueprint yang merupakan satu daripada inisiatif pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) negara.
Sejak menerajui KDN pada Mac 2020, Hamzah berkata beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman negara terutamanya ketika pandemik COVID-19 berpandukan kepada tiga teras iaitu pemerkasaan keselamatan dan ketenteraman awam; pengukuhan keselamatan sempadan, kawasan maritim dan pintu masuk; serta pemantapan institusi dan sistem perkhidmatan.
Antara pencapaian pada tahun lepas ialah pelaksanaan Pelan Rekalibrasi pendatang tanpa izin yang melibatkan dua program iaitu Rekalibrasi Pulang dan Rekalibrasi Tenaga Kerja, yang antara lain bertujuan merekodkan data pendatang tanpa izin dan mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan mereka, katanya.
Sehingga 31 Dis 2020, sebanyak 6,634 operasi ke atas pendatang tanpa izin dilaksanakan, dengan seramai 22,522 orang pendatang tanpa izin dan 387 majikan ditahan.
Sepanjang tahun lepas katanya, Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan 11 sindiket berkaitan pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan manakala seramai 111 orang dalang dan ahli sindiket daripada pelbagai warganegara ditahan.
"Antara sindiket yang berjaya ditumpaskan ialah sindiket pemalsuan dokumen, penipuan dan salah guna pas, ejen haram, dan pemalsuan cap keselamatan JIM," katanya.
KDN, antara kementerian barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah mengeluarkan 64,651 kompaun hingga 31 Dis 2020, membuat 30,921 tangkapan ke atas pesalah ingkar PKP, serta melaksanakan 23,012 pendakwaan, katanya.
KDN juga, katanya telah menetapkan beberapa dasar penting bagi tujuan kawalan kemasukan warga asing di pintu masuk negara antaranya menamatkan kemudahan pengecualian visa (ENTRi) bagi warga China dan India, serta meneruskan sekatan terhadap kemasukan pelancong dan warga asing dari negara yang berisiko tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021
Hamzah berkata pengurusan sempadan darat dan laut pada tahun ini akan diperkukuhkan melalui pendekatan lima sempadan hadapan iaitu sempadan utara Kedah, sempadan utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R