awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan pinggir, hilir Sungai Pahang dijangka terus terjejas banjir

Bernama
Bernama
08/01/2021
20:00 MYT
Kawasan pinggir, hilir Sungai Pahang dijangka terus terjejas banjir
Penduduk di kawasan berhampiran sungai yang belum terjejas dinasihati agar lebih bersedia dengan kemungkinan berlaku limpahan air sungai itu seterusnya mengakibatkan banjir. - Foto BERNAMA
MARAN:Banjir di Pahang dijangka berterusan untuk tempoh dua ke tiga hari lagi terutamanya di kawasan pinggir dan hilir Sungai Pahang susulan trend air yang dilaporkan mula turun ke kawasan lebih rendah.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata pihaknya menjangkakan lebih banyak mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam tempoh terdekat.
"Jika kita perhatikan kawasan di bahagian hulu (sungai) mula surut dan air menurun ke kawasan hilir pula. Kita jangka dalam dua tiga hari ini, jumlah mangsa banjir misalnya di kawasan Chenor dan Luit khususnya di pinggir sungai akan meningkat," katanya kepada Bernama ketika melawat mangsa banjir di sini pada Jumaat.
Beliau turut menasihati penduduk di kawasan berhampiran sungai yang belum terjejas agar lebih bersedia dengan kemungkinan berlaku limpahan air sungai itu seterusnya mengakibatkan banjir.
Dalam pada itu, Shahaniza yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata banjir yang melanda daerah itu adalah terburuk berbanding 2014.
"Pekan Maran kali ini lebih teruk terkesan dan kita risau juga jika keadaan bertambah buruk dengan keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Sehingga petang Jumaat, sebanyak 37 PPS dibuka di daerah itu yang menempatkan 4,192 mangsa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#wanita
#mati lemas
#perpaduan
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan