awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan terjejas bekalan air mula dipulihkan bermula Rabu hingga Jumaat - Syabas

Bernama
Bernama
27/10/2016
00:33 MYT
Kawasan terjejas bekalan air mula dipulihkan bermula Rabu hingga Jumaat - Syabas
Ahad lalu, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan LRA Sungai Semenyih. - Justin Sullivan / Getty Images / AFP
Pemulihan bekalan air berjadual ke kawasan-kawasan di Zon 2 yang terlibat dengan gangguan susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih telah bermula petang Rabu.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan malam ini, berkata pemulihan itu bermula 4 petang tadi sehingga 9 pagi Jumaat ini, dengan proses pemulihan di Zon 1 dan Zon 2 menunjukkan peningkatan kecuali beberapa kawasan yang masih belum mencapai pemulihan sepenuhnya.
Ahad lalu, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan LRA Sungai Semenyih.
LRA itu ditutup akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
Syabas berkata segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit.
Bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat hingga bekalan pulih sepenuhnya.
Pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat demi mempercepatkan proses bekalan air, kata kenyataan itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#mySyabas
#pencemaran air
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan