awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kazan Forum 2023: Mat Sabu ketuai delegasi ke Rusia

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
02:40 MYT
Kazan Forum 2023: Mat Sabu ketuai delegasi ke Rusia
Mohamad bersama pegawai kanan kementerian berlepas ke Moscow bagi menyertai lawatan rasmi ke negara itu. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai delegasi kementerian (KPKM) di dalam lawatan rasmi ke Rusia.
Menerusi lawatan selama sembilan hari bermula Isnin lalu, Mohamad akan menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat Malaysia dan Rusia di Kazan Forum 2023 bagi memberikan gambaran serta menyatakan wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.
Kazan Forum merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan Rusia melalui Republik Tatarstan sejak 2009 sebagai platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam.
Sebagai pengiktirafan, pada 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin telah menaik taraf Kazan Forum sebagai acara tahunan utama peringkat antarabangsa yang melibatkan negara OIC.
Antara program utama di bawah Kazan Forum ialah Ekspo Halal Rusia 2023 yang melibatkan pameran dan promosi produk makanan halal di Rusia.
Melalui ekspo ini, Malaysia boleh meneroka potensi dan peluang mempromosikan buah-buahan tropika yang sedia dieksport serta memperkenalkan produk makanan halal bukan sahaja kepada Rusia malah kepada negara-negara OIC yang turut menyertai Kazan Forum 2023.
Di samping itu, Mohamad juga akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut dengan tema Teras Ekonomi: Kerjasama antara Rusia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Dalam rangka lawatan kerja ini, beliau telah dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Dmitry N Patrushev dan Menteri Pertanian dan Makanan Republik Tatarstan Marat Zyabbarov di Kazan bagi membincangkan kerjasama pertanian antara Malaysia dan Rusia dengan mengutamakan akses pasaran produk pertanian tempatan ke negara itu.
Delegasi itu turut disertai pegawai-pegawai kementerian dan agensi KPKM. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#lawatan rasmi ke Rusia
#Kazan Forum 2023
#Ekspo Halal Rusia 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan