PUTRAJAYA: Pertemuan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan 41 pertubuhan belia akan diadakan pada Selasa depan bagi membincangkan isu berkaitan pelaksanaan Akta 668 melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mencari jalan penyelesaian berkaitan pelaksanaan Akta 668 bagi memastikan situasi menang-menang antara kerajaan dan pertubuhan belia.
"(Pertemuan) itu bagaimana hendak aturkan adanya situasi menang-menang mengikut apa kerajaan hendak lakukan dan apa kehendak yang hendak kita sesuaikan dengan pertubuhan belia ini," katanya kepada media di Program KayuhLasak Shapadu-KBS Putrajaya 2021, di sini hari ini.
Ditanya jika ada persatuan belia yang tidak bersetuju dengan penurunan had umur belia, Ahmad Faizal berkata majoriti sudah bersetuju.
"Saya dapati mereka bukan tidak setuju, mereka setuju tetapi mereka memerlukan sedikit masa untuk penyelesaian mudah kerana ada pertubuhan telah adakan mesyuarat awal untuk buat pemilihan tahun hadapan dan jika kita tetapkan pada 1 Jan depan (pelaksanaan) itu maka usaha yang mereka buat sebelum ini terbantut.
"Jadi ini perkara yang sedang kita kaji dan akan kita carik titik penyelesaian supaya semua pihak lega dan wartakan Akta 668 ini dengan sebaiknya," katanya.
Pada 17 Nov lepas, Ahmad Faizal mengumumkan di Parlimen bahawa pelaksanaan akta mengehadkan umur untuk memegang jawatan dalam persatuan belia daripada 40 ke 30 tahun bermula 1 Jan tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata KBS sentiasa memantau rapat keadaan pemain-pemain Malaysia yang sedang menyertai kejohanan di luar negara.
"Kita memantau perkembangan kesihatan para pemain bukan sahaja pemain bola sepak di Singapura tetapi itu juga dengan pemain hoki wanita kita di Korea Selatan dan setakat ini Alhamdulillah mereka yang dijangkiti (COVID-19) tidak kritikal," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal optimis pasukan Harimau Malaya mengekalkan momentum kemenangan dalam pertemuan dengan Vietnam malam ini di Stadium Bishan, Singapura.
"Walaupun ada beberapa pemain tidak dapat diturunkan, pemain tonggak juga yang tidak dapat diturunkan tetapi saya yakin pasukan yang disiapkan oleh (Ketua Jurulatih) Tan Cheng Hoe nampak bersedia untuk atasi atau sekurangnya memberi persaingan sengit kepada pasukan Vietnam.
"Insya Allah kita akan bermain dengan baik dan dapat atasi Vietnam dan terus mara ke perlawanan seterusnya dan dapat bawa kejuaraan. Itu harapan kita, namun yang saya harapkan kepada pasukan agar mereka membawa nama baik negara dan juga menjaga semangat kesukanan yang tinggi," katanya.
Malaysia memulakan kempen Piala AFF dengan menang bergaya 3-1 ke atas Kemboja pada Isnin sebelum membenam Laos 4-0 pada Khamis.
Terdahulu, empat pemain Malaysia disahkan positif COVID-19 bermula dengan penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan tonggak sayap, Faisal Halim sebelum dua lagi menyusul, iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Quentin Cheng.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Ahmad Faizal (tengah) melepaskan peserta pada Majlis Perasmian Program Kayuhlasak Shapadu-KBS Putrajaya 2021 hari ini. Turut kelihatan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain (kiri). --fotoBERNAMA
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."