awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tawar perkhemahan keluarga di tujuh Kem Wawasan Negara

Bernama
Bernama
03/09/2023
09:30 MYT
KBS tawar perkhemahan keluarga di tujuh Kem Wawasan Negara
Orang ramai melakukan aktiviti perkhemahan pada cuti hujung minggu bersama ahli keluarga masing-masing di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, hari ini. - Gambar/ Bernama
REMBAU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan perkhemahan keluarga di tujuh Kem Wawasan Negara selaras dengan agenda merakyatkan sukan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebagai permulaan, Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan dipilih sebagai program rintis yang menawarkan perkhemahan keluarga secara percuma selama sebulan bermula 1 Sept bagi setiap Sabtu dan Ahad.
Program ini juga akan diperluas ke Kem Wawasan Negara lain iaitu di Langkawi, Kedah; Balik Pulau, Pulau Pinang; Ulu Kenas, Perak; Maran, Pahang; Kundasang, Sabah dan Besut, Terengganu pada Oktober ini dengan harga minimum daripada RM10 hingga RM20.
"Pelaksanaan program rintis bertujuan merakyatkan fasiliti kementerian dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah.
"Inisiatif itu dapat meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat serta memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan," katanya kepada pemberita pada sidang media program perkhemahan keluarga di sini hari ini.
Bagi aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) rekreasi, KBS menjalinkan kerjasama dan kolaborasi strategik dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan Negeri.
"Peserta perkhemahan dikehendaki akur dan patuh dengan peraturan ditetapkan seperti larangan merokok dan vape (rokok elektronik) di dalam kawasan kem, menjaga kebersihan kawasan perkhemahan dan bebas daripada pengaruh alkohol, penyalahgunaan dadah," katanya.
Sementara itu, peminat aktiviti perkhemahan, Rosaliza Mohd Idrus, 36, berkata inisiatif itu dapat menggalakkan orang ramai beriadah dengan lebih selesa dan selamat.
Ibu kepada dua anak itu berkata jika dibandingkan dengan tapak perkhemahan yang lain, dia pernah membayar hingga RM80 untuk penginapan keluarganya.
"Perkhemahan keluarga ditawarkan ini sememangnya lebih murah dan selamat terutamanya saya yang ada anak kecil, banyak kemudahan lain disediakan, bagi saya ia satu usaha yang bagus," katanya.
Bagi Rahayu Mohd Razali, 41, aktiviti perkhemahan keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat cintakan alam semula jadi kepada anak-anaknya.
Katanya, harga ditawarkan sememangnya menjimatkan kos dan dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak terhadap gajet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#perkhemahan keluarga
#kem wawasan negara
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan