MALAYSIA
KDN akan laksana Dokumen Pendaftaran Pelarian, dapatkan data lebih tepat

Kerajaan bakal melaksanakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) terhadap pelarian yang berada di negara ini bagi memperoleh data yang lebih tepat terhadap kumpulan berkenaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal melaksanakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) terhadap pelarian yang berada di negara ini bagi memperoleh data yang lebih tepat terhadap kumpulan berkenaan.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan laksanakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mendapatkan data yang lebih tepat dan kredibel, dengan pelaksanaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia di 78 pejabat seluruh negara.
- Sebanyak 37,000 individu telah disaring untuk menilai kelayakan sebagai pemohon suaka, sebagai langkah awal ke arah pengurusan pelarian yang lebih komprehensif dan selamat.
- Kerajaan pertimbang akses pendidikan dan kesihatan melalui NGO dan swasta, tanpa melibatkan kemudahan kerajaan secara langsung, bagi menjaga kebajikan pelarian tanpa menjejaskan sistem sedia ada.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi bicara Intan Minister’s Conversation (IMC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ,Datuk Awang Alik Jeman; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah INTAN, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff.
Saifuddin Nasution berkata pada ketika ini, inisiatif pendaftaran pelarian ini sudah dimulakan dengan saringan terhadap seramai 37,000 individu bagi menilai sama ada mereka memenuhi kriteria sebagai pemohon suaka.
Beliau juga berkata KDN kini juga sedang meneliti langkah seterusnya apabila pelarian-pelarian ini sudah didaftarkan, antaranya bagi pengurusan yang lebih komprehensif tanpa berkompromi dengan keselamatan negara dan mengambil kira kebajikan mereka.
“Maksudnya akses kepada pelajaran dan kesihatan tapi bukan bawah (sekolah dan hospital) kerajaan, namun kita akan benarkan inisiatif pihak pihak lain seperti swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengoperasi sekolah.
“Kalau kita luaskan pula kepada isu kesihatan, walaupun kita tahu piagam doktor ialah memberikan khidmat kesihatan tapi kita kena ingat juga, merawat pelarian ini meninggalkan bil tak berbayar yang juga isu kepada negara juga,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami