PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita sebanyak 3,254 unit jam dinding digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan yang dijual tanpa kelulusan, dianggar bernilai RM1.1 juta.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam serbuan yang dilakukan di empat premis di sekitar Lembah Klang bulan lepas, yang dipercayai menjadi pengedar kepada penjualan jam dinding digital itu.
Beliau berkata kesemua barangan itu yang dipercayai diimport dari China dan dijual dengan harga pasaran bermula RM350 seunit melalui platform media sosial, e-dagang dan kedai fizikal, disita kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, iaitu tiada perakuan KDN.
"Semakan lanjut mendapati jam dinding digital yang dirampas mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan berulang serta bacaan dan maksud tidak sempurna kerana bacaan bercampur aduk dengan laungan azan.
"Terjemahan al-Quran dalam bahasa lain yang didapati dalam jam digital itu juga tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia iaitu berpandukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata berikutan itu, empat lelaki yang merupakan pemilik premis berumur lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN dengan melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum boleh diedar atau dijual di negara ini.
"Kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian ayat-ayat al-Quran yang betul untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia serta mengelakkan ayat al-Quran dikelirukan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
"Mana-mana bahan yang mempunyai ayat al-Quran satu juzuk dan ke atas yang tidak mempunyai perakuan KDN seperti ini, lazimnya akan mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaan yang membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat itu diturunkan," katanya.
Nik Yusaimi berkata sehingga kini, terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang telah diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di Malaysia.
KDN, katanya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi akta ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian aduan 03-80008000 atau hotline 88893145, atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Nik Yusaimi (empat, kanan) menunjukkan antara rampasan berupa jam dinding digital semasa sidang media di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.