awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN sudah senarai pendek nama pengganti KPN, TKPN

Bernama
Bernama
22/02/2019
10:46 MYT
KDN sudah senarai pendek nama pengganti KPN, TKPN
Senarai nama berkenaan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sehari dua ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyenarai pendek beberapa nama bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara dan timbalannya.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai nama berkenaan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sehari dua ini.
"Saya akan kemukakan cadangan (senarai nama) itu secara rasmi kepada Perdana Menteri, mungkin dalam sehari dua ini.
"Saya fokus pada beberapa nama tertentu sahaja, tak nak letakkan banyak sangat (nama)...ikut peraturan dan perlembagaan akhirnya Perdana Menteri akan bawa (minta perkenan) kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya hanya mencadangkan nama," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Muhyiddin berkata satu perbincangan bersama Dr Mahathir akan dibuat bagi memilih pengganti untuk kedua-dua jawatan penting badan keselamatan negara itu.
Terdahulu media melaporkan kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan tamat pada Mei ini.
Topic Berkaitan
#cadangan
#Kementerian Dalam Negeri
#Ketua Polis Negara
#polis
#senarai pendek
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan