awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
10/02/2025
04:25 MYT
KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan
Saifuddin berkata KDN bertekad untuk memperkukuh sistem keselamatan di semua peringkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terus terpelihara. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menambah baik latihan pengawal keselamatan dan Polis Bantuan susulan insiden jenayah di premis perniagaan baru-baru ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
“Kita melihat keperluan untuk mempertingkatkan latihan keselamatan di kompleks perniagaan dan kawasan awam.
"Saya telah meminta Ketua Polis Negara dan Datuk Ayub untuk meneliti aspek ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya hari ini.
Selain itu, pihak industri kawalan keselamatan juga akan dilibatkan dalam perbincangan bagi memastikan kawalan keselamatan yang lebih efektif dan selari dengan keperluan semasa.
Ujarnya, KDN bertekad untuk memperkukuh sistem keselamatan di semua peringkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terus terpelihara.
Terdahulu pada jam 10.50 malam Sabtu, berlaku satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.
Insiden itu menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan