awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan di Low Yat terkawal - Khalid

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2015
00:12 MYT
Keadaan di Low Yat terkawal - Khalid
Khalid turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman. - Gambar Fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengesahkan keadaan di Plaza Low Yat yang tegang akibat rusuhan oleh beberapa kumpulan pada Ahad adalah terkawal.
Menurut Abdul Khalid menerusi laman twitternya pada Ahad, pihak polis juga akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, pada Sabtu.
Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.
Low Yat - @PDRMsia sahkan bahawa keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jgn percaya khabar angin. Polis berkawal.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 12, 2015
Low Yat- @PDRMsia telah tangkap sebhgian mrk yg terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yg lain. Biar Polis ambil tindakan.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 12, 2015
Low Yat - @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yg bergaduh!
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 12, 2015
BACA: Tiga cedera rusuhan dekat Plaza Low Yat
VIDEO: Kronologi rusuhan di Low Yat
Polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.
Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Insiden menyebabkan tujuh rakannya bertindak menyerang kedai terbabit.
Video pergaduhan pantas tersebar di laman sosial dan telah menarik perhatian ramai.
Topic Berkaitan
#gaduh KPDNKK
#kementerian perdagangan dalam negeri
#Khalid Abu Bakar
#Koperasi dan Kepenggunaan
#Low Yat
#Muez Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan